fbpx

Suami Farah Asyikin Tak Mahu Bercerai, Gagal Bawa Wakil

Pertengahan Disember 2014 yang lalu, di tengah tengah kekalutan kes penceraian selebriti yang melambak di mahkamah syariah nama Farah Asyikin dan suami muncul sebagai antara pasangan yang dilihat memfailkan penceraian.

BACA: Farah Asyikin & Suami Fail Permohonan Cerai, Kes Tangguh Januari

Dalam prosiding mahkamah yang berlangsung hari ini, suami kepada Farah Asyikin iaitu Zaahier Stanley memaklumkan yang beliau tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya itu apabila ditanya hakim Umamuddin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Namun perbicaraan ditangguh buat kali kedua kerana Zaahier gagal membawa wakilnya dan telah menetapkan tarikh 9 Februari ini untuk perbicaraan seterusnya.

“Sepatutnya suami Farah bawa wakil untuk menganggotai jawatankuasa pendamai tetapi hari ini dia tidak bawa. Kalau dia masih lagi gagal bawa wakil, kita terpaksa melantik hakam,” ujar ibu kepada Farah Asyikin yang menemaninya ke mahkamah hari ini.

Menurut laporan Mangga Online juga, Farah Asyikin sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau masih berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya dan jika boleh tidak mahu penceraian menjadi jalan akhir untuk mereka. Kita doakan yang terbaik ya. (rtky/m)