Pelakon Siti Elizad berkata dia ada rahsia tersendiri untuk pastikan rumah tangga yang dibina bersama Shamsul Baharin Abdul Rahmah selama 10 tahun kekal utuh.
Memetik mStar Online, Elizad berkata baginya kemewahan bukanlah pengukur kebahagiaan dalam rumah tangga serta sentiasa bersyukur dengan pemberian suami.
BACA: 10 Tahun Belum Dikurniakan Rezeki Anak, Elizad Dah Survery Rumah Orang Tua
Menurut Elizad lagi, kebahagiaan sebenar apabila dapat luangkan masa dengan suami tercinta dan dia tidak akan mengikut cara orang lain.
“Saya dengan dia sejak awal berkahwin memang mula daripada bawah, jadi kenapa sekarang bila ada rezeki lebih, saya kena tukar karakter itu?
“Kenapa nak kena ubah diri jadi orang lain? Saya tidak akan iku cara orang dan saya ada cara tersendiri,” katanya.
Sementara itu, Elizad berkata setiap kali mereka ‘ride’ dia tiada masalah untuk tinggal di mana-mana termasuk duduk di hotel berharga RM80 asalkan dia ada bersama suami.
“Saya okay sahaja untuk duduk dimana-mana. Selepas kami ‘ride’, saya terima untuk duduk mana-mana hotel. Ada sahaja duduk di hotel RM80. Itu pun sudah buat saya bahagia, asalkan bersama suami saya,” katanya.
Sumber: mStar Online