Suami Amyza Aznan Kembali Kritikal, Ditidurkan Kali Kedua

Suami kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Khairil Idzhar Md Nazir yang sudah sebulan menerima rawatan di Hospital Ampang akan ditidurkan kali kedua selepas keadaannya dilaporkan kritikal sebentar tadi.

Memetik Harian Metro, Amyza dia baru saja dimaklumkan oleh pihak hospital serta memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat suaminya.

BACA: Rumah Tangga Pernah Dikacau Penyondol, Amyza Aznan Salahkan Diri Sendiri

“Saya baru dihubungi pihak hospital memaklumkan suami saya perlu ditidurkan buat kali kedua.

“Keadaannya agak kritikal dan doktor beritahu suami sudah berada tahap 50-50. Saya takut dan hanya mampu berdoa agar dia diberi kekuatan untuk menempuh ujian ini,” katanya.

Sementara itu, Amyza berkata dia terkilan kerana tidak dapat menemani suami di hospital berikutan kes Covid-19 yang semakin tinggi.

“Kalau boleh saya nak berada di sisi suami sepanjang dia dirawat di hospital, tapi pihak hospital maklumkan kes Covid-19 semakin tinggi dan saya tidak dibenarkan berada disampingnya.

“Jadi saya terpaksa berulang-alik untuk berjumpa suami. Saya sangat sedih melihat keadaannya. Sejak dia mula sedar dia nak bercakap pun sangat susah kerana keadaannya yang sangat lemah dan tidak berdaya,” katanya.

Terdahulu, suami Amyza dilaporkan sudah sedar selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu namun masih dalam pengawasan rapi doktor kerana keadaannya yang masih lemah.