Stres Baca Kes Keganasan Rumah Tangga, Farahdhiya Takut Nak Kahwin

Pelakon dan penyanyi Farahdhiya berkata emosinya terganggu dan stres setiap kali terbaca berita kes keganasan rumah tangga lebih-lebih lagi melibatkan selebriti.

Memetik Kosmo, susulan pendedahan kisah-kisah curang dan pukul isteri menimbulkan perasaan takut untuknya mendirikan rumah tangga.

BACA: Perempuan Lain Suka Pergi Butik LV, Farahdhiya Seronok Pergi Pasar Tani

“Saya akui sekarang memang kurang ‘bermain’ media sosial. Saya banyak mengikuti berita yang sejak akhir-akhir ini melaporkan kisah yang tidak seronok untuk dibaca.

“Sebagai contoh kemalangan dan keganasan rumah tangga. Bila baca berita-berita sebegitu, saya berasa agak tertekan. Emosi jadi terganggu. Saya pun tidak tahu kenapa,” katanya.

Kata Farahdhiya lagi, dia mengakui takut jika perkara sama berlaku pada dirinya selepas berkahwin suatu hari nanti serta meminta suami pulangkan isteri mereka kepada keluarga dengan cara baik.

“Bila baca kisah-kisah keganasan rumah tangga, memang emosi saya akan terganggu. Bagaimanalah saya nak berkahwin nanti?

“Saya takut jika terkena pada diri sendiri. Sepatutnya untuk para suami, jika sudah ambil anak orang secara elok, jika mahu dipulangkan semula pun biarlah dengan cara elok.

“Ini tidak. Ada yang sampai memukul hingga membunuh. Saya rasa seram. Apa nak jadi dengan dunia ini?” katanya 

×