fbpx

Sedar atau tidak sudah lebih sebulan kita sebagai rakyat Malaysia bersatu hati untuk #StayAtHome namun jangan sesekali anda sangka yang duduk rumah ini membosankan lebih lebih lagi jika ada peranti canggih terbaru HUAWEI Siri P40 sebagai teman setia.

Hadir dengan dua model serba baru P40 dan P40 Pro, telefon pintar terkini HUAWEI ini juga hadir dalam tiga warna menarik untuk pihan anda — Blush Gold, Frost Silver dan Deep Sea Blue yang serba menawan.

Teman Setia Fotografi Dalam Rumah

Low-light photography dengan HUAWEI Siri P40

Suasana sebenar ketika gambar diambil, hebat HUAWEI Siri P40!

HUAWEI Siri P40 hadir dengan set kamera paling terbaik dalam kelasnya ketika ini lebih lebih lagi buat anda yang suka melakukan fotografi dalam rumah (indoor) dengan lebih kreatif. HUAWEI Siri P40 memberikan keupayaan mengambil gambar lebih menarik dan wow walaupun tanpa cahaya terang.

Kemuncak utama siri P40 adalah penyediaan kamera Leica quad yang tip top. HUAWEI P40 Pro dilengkapi dengan kamera utama Ultra Vision 50MP yang baru, bersama dengan kamera ultra lebar 40MP, 12MP kamera Telefoto, dan kamera TOF.

Portrait photography (backlit)

Dengan spesifikasi sehebat itu, HUAWEI Siri P40 memberikan anda hasil gambar yang cerah selama 24 jam walaupun diambil dalam keadaan malap. Gambar anda pastinya akan memberikan warna yang lebih nyata dan perincian yang lebih tajam dengan HUAWEI Siri P40.

Kualiti Portrait Bak Dalam Studio

Bila kena #StayAtHome mestilah masih ada rasa mahu mengambil gambar portrait sendiri untuk kemaskini terbaru di media sosial. HUAWEi Siri P40 dengan kebolehan AI mampu memberikan anda portrait yang terperinci dan sempurna walaupun dalam senario backlit.

HUAWEI Siri P40 juga datang dengan Ultra Vision — mempunyai kepekaan fotosensitif jauh luar biasa daripada apa yang dapat dilihat oleh mata manusia, yang membolehkan anda mengambil portrait pada waktu malam.

Selfie 32MP Sempurna Dengan HDR

Dengan HUAWEI Siri P40, anda boleh lebih yakin menjadi diri anda sendiri apabila kamera hadapam 32MP ini akan secara automatik mengekalkan raut wajah anda dan melaraskan cahaya dengan HDR sesuai dengan wajah anda untuk selfie lebih sempurna dan menarik.

Zoom Paling Berkuasa Dengan 50x

Dengan teknologi OIS dan AIS terbina dalam HUAWEI Siri P40, gambar yang anda ambil akan kekal jelas walaupun diambil dengan 50x zoom. Tiada telefon pintar lain setanding dengan HUAWEI Siri P40 dalam kategori ini.

Teks pada 50x zoom masih boleh dibaca dengan jelas!

HUAWEI Golden Snap Dengan AI Paling Power!

Risau terlepas momen indah bersama yang tersayang ketika #StayAtHome? Huawei Siri P40 hadir dengan teknologi fotografi AI paling canggih menawarkan tiga fungsi utama yang membolehkan anda merakam setiap momen dengan sempurna.

AI Best Moment mengesan pergerakan dan mencadangkan momen yang terbaik untuk anda rakam.

AI Remove Passerby pula memastikan anda tidak perlu berkongsi gambar dengan orang yang tidak diingini — boleh pilih dan remove terus dari gambar.

Dan, AI Remove Reflection memberikan anda pilihan untuk buang sebarang refleksi yang tidak diingini pada gambar anda.

Kini, gambar momen dan hasil kreativiti anda akan lebih sempurna tanpa sebarang gangguan dengan bantuan fotografi AI HUAWEI Golden Snap.

Kekal Berhubung Dengan HUAWEI MEETime

Terkurung di rumah bukan alasan untuk anda tidak kekal berhubung dengan orang tersayang di luar sana. Dengan HUAWEI MEETime. panggilan video anda akan kekal jelas dan lancar walaupun dalam suasana malap di rumah.

Dengan kamera hadapan berkualiti HD, panggilan video dengan orang yang jauh akan terasa seperti di hadapan mata. Lebih menarik, fungsi screen sharing membolehkan anda dan orang disebelah sana untuk melakukan aktiviti online bersama — membeli-belah dan menonton video bersama misalnya.

Tiada Google? HUAWEI AppGallery Pilihan Anda

Ramai sedia maklum yang peranti HUAWEI tidak lagi menggunakan Google namun sebagai gantinya, HUAWEI AppGallery hadir dengan keselamatan lebih tinggi buat pengguna yang mencapai standard antarabangsa.

Aplikasi popular yang dipasang melalui HUAWEI AppGallery

HUAWEI AppGalley kini mengandungi pelbagai aplikasi popular dan sering diguna rakyat Malaysia seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, AirAsia, TikTok, Lazada, McDonald dan banyak lagi.

Anda juga layak menerima storan awan HUAWEI Cloud 50GB secara PERCUMA selama setahun selain akses premium kepada HUAWEI Video selama tiga bulan sepanjang tempoh PKP #StayAtHome ini kepada pengguna HUAWEI P40. Jangan lupa juga HUAWEI Member Center yang menawarkan ganjaran hebat bernilai lebih RM2,381 untuk ditebus.

Kongsi Segalanya Dengan HUAWEI Share

Jika anda turut memiliki peranti HUAWEI lain seperti MatePad Pro, HUAWEI Share memang sempurna untuk kerja dan tugas harian lebih mudah. Anda boleh berkolaborasi dengan perkongsian skrin dengan HUAWEI Siri P40.

Hadiah Percuma Dengan HUAWEI Siri P40

Tunggu apa lagi? Jika anda mendapatkan HUAWEI P40 Pro sekarang, anda bakal menerima hadiah PERCUMA berupa Wireless Car SuperCharge, storan awan HUAWEI Cloud 50GB (selama 12 bulan), extended warranti 1 tahun dan perlindungan skrin selama sebulan.

Manakala untuk anda yang berminat dengan HUAWEI P40, anda bakal menerima Wireless Charging Case, storan awan 50GB selama 12 bulan, extended warranty selama 1 tahun dan perlindungan skrin selama sebulan.

Ternyata lepas kami selonggar segala kecanggihan yang ada pada HUAWEI P40 ini, ia mampu jadi antara telefon pintar yang menjadi pakar fotografi dan the best connectivity in the world.