Kalau Dah Boleh Tengok Secara Percuma, Buat Apa Nak Bayar Bulanan!

Mesti ramai antara korang yang masih membayar bulanan untuk dapatkan channel televisyen kegemaran korang kan? Sampai bila korang nak bebankan komitmen korang dengan bayar setiap bulan sedangkan ada siaran televisyen PERCUMA.

Kali ni kami nak kurangkan bebanan bulanan korang daripada membayar saluran televisyen setiap bulan dengan hanya menggunakan myFreeview. Paling best dengan myFreeview ni korang boleh tengok macam-macam jenis cerita dengan kualiti yang super duper tajam dan jelas.

Untuk yang gemar layan drama tu, elok sangat kalau korang pasang siaran TV digital myFreeview ni di rumah. Bukan apa, dah lah PERCUMA, kualiti gambar pula tip top paling penting ada banyak saluran yang sesuai dengan peringkat umur korang.

Bagi membolehkan korang mendapat akses kepada siaran TV digital ini sangat mudah, korang hanya perlukan dekoder DVB-T2 dan antena UHF je. Kalau, korang dah ada IDTV (integrated digital TV), korang boleh terus dapatkan siaran myFreeview dengan menyambungkan antena UHF ke TV set rumah korang.

Ha, jangan tak tahu korang boleh tune untuk dapatkan siaran. Nak tahu lagi? Jom layari www.mytvbroadcasting.my atau hubungi 1300 80 6988. Kami akan bantu korang!

Betul Ke myFreeview Ni Best, Apa Kelebihannya?


Ha yang masih tak tahu lagi apa kelebihan sebenar yang ada pada myFreeview ni, nah kami payungkan 5 kelebihan yang mampu buatkan korang tersenyum bila menggunakan myFreeview.

Yang pastinya korang akan lebih jimat, lebih ceria dan lebih jelas dengan myFreeview.

1. Percuma tanpa yuran langganan

myFreeview tidak memerlukan sebarang yuran bulanan dan ia disediakan secara percuma seperti mana siaran TV sebelum ini.

2. Imej lebih tajam dan jelas serta audio berkualiti tinggi

Siaran TV digital myFreeview menjanjikan resolusi serta kualiti gambar dan bunyi lebih jelas secara definisi standard (SD) dan definisi tinggi (HD).

Cara pemasangan dekoder myFreeview juga sangat mudah.

3. Penambahan perkhidmatan dan saluran TV

Setakat ini, myFreeview mempunyai 32 saluran TV dan radio. Jangan risau, lebih banyak saluran akan ditambah pada masa hadapan.

4. Perkhidmatan TV Interaktif

myFreeview juga sedang dalam perancangan membangunkan televisyen interaktif seperti beli-belah atas talian, menonton video atas permintaan (on demand) menggunakan talian internet.

5. Mempunyai pelbagai pilihan bahasa dan akses Panduan Program Elektronik

Walaupun percuma, myFreeview turut didatangkan dengan pelbagai kemudahan dan akses bagi memberi pengalaman menonton yang menyeronokkan.

via GIPHY


Amacam ngam tak untuk korang dapatkan myFreeview ni? Benda free jer, tak perlu fikir banyak kali. Jom pasang di rumah. Lepas tu apa lagi, tontonlah sepuas hati korang. Kami dah ada korang bila lagi?

Maklumat lanjut layari www.mytvbroadcasting.my dan Facebook.

×