Pasti ramai tahu pelakon Sophia Albarakbah terpalit kontroversi apabila didakwa menjadi perosak rumah tangga sehingga digelar penyondol.
Baru-baru ini perkongsian Sophia menjadi perhatian ramai apabila seakan memberi gambaran tidak mahu lagi menjadi orang yang terlalu baik.
BACA: Sophia Albarakbah ‘Penat’ Nak Berlakon Dengan Suami Orang
Menerusi entri itu juga, Sophia turut memuat naik petikan peribahasa yang menceritakan tentang kehidupan menggunakan metafora buah lemon.
Dalam hantara itu juga, Sophia turut menulis hashtag #Donebeingtoonice seolah menyatakan dia tidak akan membiarkan orang memijaknya.
Terdahulu, Sophia mengakui penat untuk bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang kerana enggan ada tanggapan buruk terhadapnya.