fbpx

Sophia Albarakbah Enggan Jawab Kalau Pasal Aliff Aziz

Pelakon Sophia Albarakbah berkata dia tidak pernah lari daripada pihak media sejak namanya dikaitkan dengan aktor sensasi, Aliff Aziz.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, Sophia berkata dia sibuk di set penggambaran sehingga tiada masa untuk menghadiri acara hiburan dan fokusnya kini hanya pada kerja sahaja.

BACA: Sarah Yasmine Dedah Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Masih Berhubung

“Saya tidak mengelak tapi sibuk dengan kerja. Memang buat masa sekarang fokus saya hanyalah pada kerja, perkara yang tiada kaitan tidak perlu untuk saya komen.

“Alhamdulillah kerja saya tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Sebab bagi saya apabila bekerja harus serius dan sebagai pelakon saya ada tanggungjawab yang harus dilunaskan di set penggambaran. Jadi, benda tidak sepatutnya (kontroversi), tidak perlu untuk diulas,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia tetap dengan pendirian tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan pelakon dari Singapura itu dan tidak selesa untuk menjawab soalan berkaitan Aliff.

“Saya minta maaf saya tidak selesa untuk menjawab (soalan berhubung kontroversi Aliff Aziz). Kalau nama itu (Aliff Aziz) saya tidak mahu jawab,” katanya.

Pada April lalu, kekasih Aliff iaitu Sarah Yasmine memuat naik status mendakwa Sophia masih lagi berhubung dengan Aliff meskipun sebelum mengakui sudah menamatkan hubungan mereka.

Lebih mengejutkan, Sarah turut memuat naik paparan mesej di Instagram memaparkan Aliff masih berhubung dengan Sophia pada Mac lalu.

SUMBER: Kosmo