Hasrat penyanyi Khai untuk menunaikan solat Jumaat tidak kesampaian apabila tidak dibenarkan masuk kerana masjid menghadkan jumlah jemaah.
Namun, Khai lebih kecewa apabila melihat beberapa jemaah lebih berusia tidak dibenarkan masuk meskipun sudah lengkap vaskin kerana masjid sudah mencapai kuota yang ditetapkan.
BACA: Khai Dedah Rosma Suka Jika Perutnya Boroi
“Kasihan ada pakcik yang datang merayu, kami semua tak boleh masuk solat walaupun sudah menerima vaksin lengkap. Saya tak protes atau marah, cuma kecewa dan sedih sahaja sebab sekarang dah macam tak ada beza hari lain dengan hari Jumaat yang mulia ini,” katanya.
Menerusi Instagram, Khai turut meminta masjid mengkaji semula mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat jemaah di masjid.
“Berbeza-beza peraturan kat masjid ni sekarang. Ada siapa cepat boleh masuk dan ada yang kena daftar dulu baru boleh masuk.
“Ingatkan dah dua dos boleh masuk macam mall tapi kenapa masjid masih diperketatkan lagi. Limit 100 orang sahaj sedangkan Masjid kat bangi besar juga.Seminggu sekali je bukan hari-hari macam mall. Mall pun tak ada limit langsung sekarang ni janji dah suntik vaksin,” katanya.