fbpx

So Sweet! vivo V29 5G ‘First Love’ Ada Warna Pink Pulak Gais!

Jatuh cinta sesama manusia itu perkara biasa, tetapi jatuh cinta dengan ‘First Love’ edisi vivo ni memang lain macam! Bukan sahaja rekaannya yang cantik dan menawan malah vivo V29 5G ‘First Love’ yang tampil dengan warna pink kali ini memang betul memukau!

Sentuhan rona lembut cinta pertama pada telefon pintar pintar V29 5G ini bukan sekadar warna, malah melambangkan perasaan. Ia juga membangkitkan ingatan tentang kasih sayang dan momen romantis.

Jadi untuk korang yang ada buah hati tu jangan lupa baca sampai habis, mana tahu ‘First Love’ ini boleh dijadikan hadiah buat kekasih korang!

Rasa Cinta Yang Membuak-buak Bagaikan Di Langit 

Kehadiran ‘First Love’ dalam hidup seseorang memang ternyata buatkan si dia bagaikan di langit cinta yang penuh dengan bunga-bunga pink nan indah. Jadi tak salah untuk korang menghargai kekasih korang sempena tahun baru nanti dengan vivo V29 5G ‘First Love’.

Nak-nak lagi warna pink, memang akan buat si dia terharu dan dengan cara ini juga melafazkan yang si dia adalah cinta pertama buat korang. Paling penting pembelian V29 kali ni dilengkapi dengan advent calendar gift box! Sesuai sangat untuk korang yang nak melahirkan rasa cinta melalui perbuatan.

Bukan Sembarang Pink Tetapi Pink Yang Akan Kumpul Banyak Kenangan

Menariknya, vivo V29 5G dengan skrin paparan  paparan AMOLED 6.78” beresolusi 2800 x 1260 turut diperkenalkan dalam pilihan warna Starry Purple dan telah mendapat sambutan hangat daripada peminat jenama ini.

Antara ciri menarik skrin telefon ini adalah seperti sokongan PWM 2,160Mhz dan juga sokongan HDR10+ yang menandakan kecerahan skrin boleh mencapai 1,000nits dalam keadaan tertentu.

Dari segi proses yang kompleks bagi mencapai tekstur seperti kelopak yang tulen,vivo V29 5G  dibentuk oleh 20,000 mikrostruktur berbeza saiz dan meletakkannya antara satu sama lain.

Dengan cara ini juga akan menghasilkan tekstur bunga mawar yang berkilau di bahagian belakang telefon pintar. Memang betul-betul 2 in 1 ni, bagi telefon pintar pada yang tersayang siap dapat bunga sekali.

Tidak hanya di situ, ‘First Love’ juga dilengkapi dengan 8 juta jeriji yang berkilau ke dalam struktur mikro tekstur, dengan 4096 aspek menegak, setiap satunya dikawal dengan halus demi menghasilkan struktur mikro 3D. Ini mencapai interaksi cahaya dan bayang yang kompleks dan bersemangat serta sekaligus dapat menghasilkan tekstur mawar proprietari vivo.

Telefon pintar ‘First Love’ 3D dengan rekaan bunga mawar ini juga sangat nipis dan selesa bila digenggam. Skrin melengkung dengan ketebalan 7.46 mm dan flourite AG Glass mampu membuatkan si pemiliknya terus bercinta selamanya.

Hadiah Yang Paling Romantik

Buat korang yang tengah pening kepala nak pujuk si dia merajuk mahupun ingin berikan sesuatu yang indah untuknya jangan sesekali lupa untuk grab hadiah paling romantik ini. Warna pink bukan sekadar warna okey! Banyak maksud di sebalik warna pink.

Dengan hadiah ini juga si dia boleh menyimpan beribu photo kenangan bersama korang nanti. Kan best tu! Jadi apa tunggu lagi cepat grab okey hadiah yang paling awesome dan rare ni! Hanya RM1799 jer.

Pastikan korang  melayari Facebook vivo untuk dapatkan maklumat terkini.