fbpx

Siti Saleha Tayang Kekasih Kacukan, Pereka Fesyen Ternama

Sebelum ini, pelakon Siti Saleha mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berdarah kacukan sepertinya selepas 10 bulan bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar.

Terbaru, perkongsian Siti Saleha menjad perhatian ramai apabila akhirnya memperkenalkan kekasinya kepada itu yang merupakan pereka fesyen ternama tempatan bernama Joshua Fitton.

BACA: Siti Saleha Dah Jumpa Pengganti, Lelaki Berdarah Kacukan Jadi Pilihan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

Perkongsian Siti Saleha di Instagram itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan-rakan artis yang mengusik pasangan itu.

Sementara itu, diruangan komen ada segelintir netizen terutama kaum lelaki yang patah hati apabila hati pelakon itu sudah pun dimiliki oleh seseorang.

Memetik Kosmo, Joshua pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Joshua merupakan lulusan sarjana dalam bidang Senibina dari University of Lincoln, United Kingdom dan merupakan pengasas jenama fesyen tanah air, Atelier Fitton.

Terdahulu, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun dan tidak dikuniakan cahaya mata.