fbpx

Siti Nurhaliza Pernah Beri Bantuan CPR Kepada Yasmin Ahmad

Perkongsian seorang lelaki di laman X menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan mengenai kebaikan yang pernah dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi entri itu, lelaki dikenali sebagai Ooi Beng Cheang berkata Siti berada di tempat sama bersama Allahyarham Yasmin Ahmad ketika pengarah itu mengalami kesukaran bernafas semasa membuat pembentangan di Sri Pentas, pada 2009.

BACA: Siti Nurhaliza Harap Ada Kesempatan Lihat Anak-Anak Naik Pelamin

Menurut individu itu, Siti pernah membantu dengan memberi bantuan pernafasan (CPR) kepeada pengarah itu.

“Apabila pengarah terkenal Yasmin Ahmad diserang angin ahmar, Siti Nurhaliza membantu memberikan CPR kepadanya. Ketika itu, dia berada di dalam bilik yang sama dengan Yasmin namun pengarah itu gagal untuk diselamatkan,” tulisnya.

Sementara itu, Ooi Beng Cheang turut berkongsi pautan video laporan berita kejadian berkenaan kepada netizen.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke hospital jam 4.30 petang di stesen TV3 sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam.

SUMBER: Utusan, X