fbpx

Siti Nurhaliza Belanja Frontliners Beli Pisang Goreng

Sebut sahaja nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya semua mengenali penyanyi nombor satu negara itu. Malah, apa sahaja perkongsian mengenai Siti Nurhaliza pasti akan menjadi perhatian.

Baru-baru ini tular perkongsian video oleh seorang pengguna di TikTok memaparkan Siti memberikan duit belanja kepada petugas barisan hadapan.

BACA: Selepas Jam Tangan RM1 Juta, Tudung Siti Nurhaliza Harga RM4,100 Pula Curi Tumpuan

Difahamkan, Siti baru sahaja selesai melakukan ujian swab test secara pandu lalu. Siti yang menaiki kereta Toyota Velfire warna hitam dilihat mesra menyapa petugas yang bertugas.

Lebih menjadi perhatian, Siti juga turut dilihat menghulurkan beberapa keping wang tunai sebagai duit belanja kepada petugas tersebut.

“Mak Iti belanja, belilah apa-apa, pisang goreng,” kata Siti sambil menghulurkan duit sebelum diterima petugas tersebut.

Pengguna TikTok itu turut memuji Siti sebagai seorang artis yang sangat pemurah kerana setiap kali hadir melakukan ujian calitan Covid-19 pasti akan memberikan wang belanja kepada staf yang bertugas.

“Betapa merendah dirinya seorang Siti Nurhaliza. Setiap kali datang mesti belanja kakitangan yang bertugas,” tulisnya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji sikap Siti yang rendah diri dan bukan seorang yang suka menunjuk kemewahan.