fbpx

Siti Nordiana Jaga Mata Bila Kerja Dengan Suami Orang

Hampir 10 tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana berkata dia tidak melihat status sepertinya lebih menjadi tarikan suami orang. Katanya, ada sahaja ibu tunggal yang menjadi pilihan lelaki bujang.

BACA: “Boleh Ke Terima Status Saya Janda Anak Satu?”

“Sebenarnya, perkara begini berkait rapat dengan soal hati dan perasaan. Susah juga nak elak tetapi masih boleh berfikir mana baik dan buruk sebelum buat keputusan.

“Apapun, sama ada ibu tunggal atau anak dara bagi saya masing-masing ada tarikan dan cita rasa tersendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Sering bekerja dengan lelaki berstatus suami orang, Nana berkata dia mendoakan agar dikuatkan hati dan sentiasa menjaga pandangan mata. Ujarnya lagi, dia perlu pandai menjaga batas lebih-lebih lagi statusnya sebagai ibu tunggal

“Jadi, apabila kami bekerja saya sendiri kena pandai jaga batasan. Apatah lagi, dengan status ibu tunggal dugaan datang setiap hari. Tanggungjawab sebagai ibu tunggal agak berat tetapi saya cuba pastikan jangan buat orang bercakap mengenai saya.

“Saya juga elakkan perbualan negatif orang mengenai saya termasuk fikir banyak kali sebelum muat naik apa sahaja gambar dan status di media sosial,” katanya.

Mengulas mengenai gosip cinta yang dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki, Nana berkata ianya adalah asam garam dunia hiburan dan sebagai selebriti dia perlu tunjukkan contoh baik kepada peminat.