Penyanyi Siti Nordiana mendakwa ada artis menjauhkan diri darinya selepas kejadian Live Instagram lima sekawan pada Julai 2021.
Memetik mStar Online, bagaimanapun apabila ditanya oleh peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili tiga defendan siapa artis tersebut, Siti Nordiana berkata tidak boleh mendedahkan nama-nama artis berkenaan.
BACA: Siti Nordiana Sanggup Bersumpah, Tak Guna Ilmu Hitam Untuk Kekal Di GV
“Itu saya tak boleh dedahkan nama, ramai saya tak ingat,” katanya.
Dalam prosiding berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Siti Nordiana terpaksa memberi keterangan dan menjawab soalan secara bertaip dalam prosiding hari ini disebabkan masih ‘hilang suara’.
Prosiding tersebut akan disambung pada 5 Disember depan selepas selepas melihat keadaan Siti Nordiana yang masih sukar untuk bercakap dan memberi kenyataan.
Terdahulu, Siti Nordiana memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021 terhadap lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron.
Menerusi saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.