Jika sebelum ini Siti Nordiana didakwa berlagak sombong kerana menolak permintaan pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya, kini timbul pula isu lain dimana beliau dikatakan sering membatalkan persembahan yang dijanjikan pada saat akhir oleh kerana bayaran yang diterimanya lebih rendah berbanding majlis yang dianjurkan oleh pihak yang lain.
BACA: Siti Nordiana Tak Peduli Tuduhan Sombong
“Ada beberapa orang kuat industri dikatakan tidak berapa gemar dengan tindakan penyanyi itu yang suka membatalkan persembahan pada saat akhir. Penyanyi itu dikatakan suka membatalkan persembahan yang telah dijanjikan sekiranya mendapat bayaran yang lebih tinggi daripada penganjur majlis lain. Yang menjadi taruhan, reputasi penyanyi itu sendiri.
“Poklip dengar ada orang mula label Nana sebagai seorang penyanyi yang tidak profesional dan sering mungkir janji. Tapi sebenarnya, Poklip terkejut juga bila dengar cerita panas ini. Bukan apa, Siti Nordiana ini kalau jumpa di luar memang cukup merendah diri. Langsung tidak nampak riak wajah mata duitan,” katanya kepada Utusan Online menerusi ruangan Pok Lip.
Terdahulu, Nana pernah dikatakan berlagak sombong apabila beliau pernah menolak permintaan pereka fesyen yang ingin menaja pakaiannya, namun beliau tampil menafikan tuduhan tidak berasas itu. Tambahnya lagi berada dalam industri hiburan membuatkan beliau lali dengan gosip sebegini dan mengambil pendekatan tidak mahu terlalu mengambil pusing mengenainya
Walau apapun, sejauh mana kebenaran berita itu tidak dapat dipastikan. Namun jika dakwaan itu tidak benar, diharap Nana dapat tampil dan memberikan penjelasan kepada semua pihak. Dalam masa yang sama, ia turut membantu membersihkan nama Nana yang pada ketika ini mungkin sudah tercalar dek kerana anggapan beberapa pihak yang tidak berpuas hati. (rkty/w)