fbpx

Siti Khadijah Mahu Lelaki Dominan, Kewangan Yang Stabil

Pelakon Siti Khadijah mengakui rasa sunyi dan sudah mula terfikir mengenai soal jodoh apatah lagi usianya kini sudah mencecah 27 tahun.

Memetik BH Online, meskipun tiada desakan daripada ibu bapa namun Khadijah berkata dia berasa sunyi ditambah dengan ramai rakan sebaya sudah berkahwin.

“Nak kata keluarga mendesak itu tidaklah, tetapi mungkin sebab saya rasa sunyi. Ini kerana kebanyakan rakan sebaya semua sudah kahwin dan ada anak. Jujurnya, saya teringin nak hantar kad jemputan kahwin kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Khadijah turut berkongsikan ciri-ciri jejaka idamannya mestilah seorang yang matang serta stabil dari segi kewangan. Malah, dia mahukan seorang lelaki yang dominan.

“Saya tak pilih jodoh tapi kenalah tapis juga. Lelaki itu kenalah seorang yang matang, lebih berusia daripada saya serta stabil dari segi kewangan dan emosi.

“Malaslah nak layan lelaki yang berperangai kebudak-budakan. Selain itu, saya juga mahu lelaki lebih dominan daripada saya. Ini kerana saya juga mempunyai ciri-ciri itu.

“Tak dinafikan, memang ada lelaki cuma mendekati, tapi mungkin mereka tak gemar sebab perangai saya agak kasar macam lelaki. Tapi saya sekarang sedang belajar untuk menjadi lebih feminin,” katanya.

SUMBER: BH Online