Siti Fazurina Seronok Jual Nasi Lemak Tepi Jalan, Terharu Sokongan Ramai

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai Siti Fazurina. Rupanya pelakon tersebut kini turut menjalankan perniagaan makanan di tepi jalan.

Memetik mStar Online, Fazurina berkata dia tidak malu untuk berniaga di tepi jalan sebaliknya lebih bersemangat untuk berniaga selepas menerima sokongan orang ramai.

BACA: Siti Fazurina: Isu Dalaman Keluarga Tidak Perlu Untuk Satu Malaysia Tahu

“Mula-mula tidak dinagikan untuk berniaga di tepi jalan saya sendiri risau dengan pandangan yang akan diberikan masyarakat tapi ternyata ramai yang beri sokongan.

“Saya juga bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami. Dia yang banyak beri nasihat kepada saya untuk tidak fikirkan kata-kata orang.

“Saya pun terkejut dengan penerimaan positif orang ramai yang terus memberikan semangat dan suka melihat artis berniaga atas usaha sendiri,” katanya.

Menurut Anita, dia yang mula mendapat idea untuk berniaga di kawasan kejiranannya di Bandar Utama selepas melihat tiada jualan sarapan pagi.

Katanya lagi, meskipun baru dua minggu menjalankan perniagaan menjual nasi lemak dan sandwich namun sambutan diterima memberansangkan. 

“Alhamdulillah selepas dua minggu berniaga, sambutan diterima sangat menggalakkan. Daripada sandwich terjual sehari dalam empat atau lima paket, sekarang bertambah hingga puluhan tempahan saya terima,” katanya.

Dalam pada itu, Fazurina berkata dia sudah tidak lagi mengharapkan tawaran berlakon yang kini lebih utamakan bakat baru serta menganggap zamannya sudah berlalu.

“Kalau nak mengharapkan tawaran berlakon saja, saya percaya yang kita tidak selamanya berada di atas.  Mungkin bakat pelakon lama masih diperlukan cuma saya nasihatkan jangan terlalu beharap atau bergantung kepada bidang lakonan,” katanya.