fbpx

Siti Elizad Syukur Bapa, Mentua Tak Tanya Soal Zuriat

Pasti ramai tahu, selepas lapan tahun berkahwin pelakon dan penyampai Siti Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata namun rezeki belum berpihak padanya.

Semalam, Sinar FM ada berkongsikan video menyentuh hati dimana seorang pendengar berkongsikan dia dikurniakan zuriat selepas lima kali mengalami keguguran.

BACA: Suami Menyamar Call Radio, Elizad Sebak Dengar Ucapan Pasal Anak

Namun, pendengar bernama Kak Dian itu ralat kerana ibu bapa mentuanya tidak berkesempatan melihat wajah cucu mereka kerana telah meninggal dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Sementara itu, Elizad yang mendengar kisah tersebut turut sebak serta berkongsikan sehingga kini dia masih berusaha mendapatkan cahaya mata selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Elizad turut meluahkan rasa syukur kerana bapa serta mentuanya sangat memahami, malah tidak pernah bertanyakan mengenai soal zuriat.

“Sebab orang tak tahu macam mana ‘struggle’ kita pergi berubat ikhtiar. Kalau ikutkan, tahun depan masuk sembilan tahun. Tapi itulah, mungkin belum ada.

“Tapi yang paling saya kagum adalah mertua ataupun bapa saya tak pernah tanya bila nak ada anak. Kalau ikutkan, dalam adik beradik saya semua ada anak yang sangat ramai. Tapi bila giliran saya, diorang tak ‘push’,” katanya.