fbpx

“Sila Padam Atau Akan Ambil Tindakan”

Belum sempat lagi filem Munafik 2 ditayangkan di pawagam Indonesia pada 26 September ini, kini sudah menjadi mangsa cetak rompak yang dirakam secara haram dan mula dikongsi di media sosial secara berleluasa.

Akaun tersebut dipercayai milik warga Indonesia namun rakaman menggunakan telefon bimbit itu dilakukan di pawagam Malaysia. Menurut pengarahnya Syamsul Yusof, beliau memberi amaran dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang merakam dan menyebarkan filem tersebut secara haram.

BACA: Munafik 2 Bakal Terbang Ke Hong Kong & Vietnam

“Saya sudah maklum tentang perkara itu tapi tak mahu ulas lanjut. Ada yang masih tak faham apa yang mereka buat ini salah di sisi undang-undang Malaysia. Pihak Skop Production akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

“Sila padam video tersebut dan jika masih berdegil syarikat akan mengambil tindakan,” katanya kepada mStar Online.

Filem Munafik 2 memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan iaitu sebanyak RM40 juta dalam tempoh 17 hari ditayangkan. Filem ke-10 arahan Syamsul itu menelan belanja sebanyak RM2.9 juta.