“Siapa Yang Bercerita Tu Kalau Bukan Memey Kan?” 

Pelakon Abby Abadi menjadi perhatian apabila dilihat membalas kenyataan seorang individu didakwa rakan baik kepada Memey Suhaiza.

Menerusi satu hantaran di Threads, Abby berkata individu tersebut tidak tahu perkara sebenar dan dia lantang bersuara demi nafkah anak-anak yang tertunaggak selama ini.

BACA: “Bila Anak Lari Ke Rumah Mereka, Dihalau Ya” – Abby Abadi Ada Sebab Bersuara

Menurut Abby lagi, sekiranya dia tidak lantang bersuara ada pihak yang berkira dengan anak-anak. Dalam hantaran tersebut, Abby turut menafikan dakwaan dia mahu menyertai umrah dan meminta untuk menaiki business class. 

Abby turut mempersoalkan dari mana individu tersebut mendapat cerita mengenai dakwaan berkenaan serta meminta untuk pihak yang membawa cerita berkenaan agar berdepan dengannya. 

×