“Siapa Orang Itu Nak Letak Saya Istidraj? Jangan Buat Kerja Tuhan”
Baru-baru ini tular video yang dumuat naik oleh seorang pengguna di apklikasi TikTok mengenai Ifa Raziah sehingga pelakon dan penyanyi itu dikecam teruk.
Menerusi video tersebut, Ifa berkata dia sudah tiga kali di jemput ke Tanah Suci mekipun belum menutup aurat.
BACA: “Saya Belum Pakai Tudung Tapi Allah Dah Jemput Saya 3 Kali…” – Ifa Raziah
Kenyatannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk seorang ustazah yang menegur selebriti itu. Ustazah itu juga bimbang seandainya kenyataannya itu menjurus kepada tanda-tanda istidraj.
Tampil menjelaskan mengenai perkara itu kepada Media Hiburan, Ifa mempersoalkan kembali apabila ada sesetengah pihak yang mengelarnya istidraj.
“Siapa orang itu nak letak saya ini istidraj. Dia tahu ke maksud istidraj? Jangan buat kerja Tuhan. Setahu saya yang jahil dan seorang pendosa ini, istidraj itu adalah orang yang lupakan Allah S.W.T…nak sebut nama Allah pun ketat hati dia.
“Walaupun saya seorang pendosa tapi kehidupan saya lagi Islam dari mereka yang memakai tudung. Perlu ke saya nak tunjuk waktu malam saya bangun tahajud, perlu ke setiap kali solat saya buat live, perlu ke setiap kali saya belajar mengaji secara online saya buat live.
“Kalau saya ini tergolong dalam istidraj, saya tak buat perkara-perkara ini yang menjadi rutin hidup saya,” katanya.
Menjelaskan mengenai rezeki serta kesenangan yang dimilikinya, Ifa berkata dia boleh pergi kemana sahaja namun memilih untuk dekat dengan Rasulullah dan ke Tahan Suci.
“Saya boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini untuk bercuti. Tapi kenapa saya memilih untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW dan saya nak cuci dosa di Tanah Suci, sebab saya sangat suka ke Tanah Suci berbanding dengan negara lain.
“Di sana, saya boleh dekatkan diri dengan Allah dan Rasulullah SAW. Itu ke yang dinamakan istidraj,” katanya.
Dalam pada itu, Ifa berkata dia sudah lali dengan kecaman dan kritikan diterima sejak menceburkan diri dalam industri seni 26 tahun lalu.
“Terpulang hak masing-masing sebab hidup kita ini diberikan pilihan. Kalau orang suka pada saya, Alhamdulillah, kalau orang benci pada saya pun tiada masalah. Dipuji saya takkan terbang, dihina pun saya takkan tumbang,” katannya.
- SUMBER
- Media Hiburan
Bila MANUSIA SOMBONG… Brkata.. Kata..
Mmg Tuhan suruh org beriman “buat kerja Tuhan” tegur org2 buat maksiat, amar makruf nahi mungkar bahkan sampai satu tahap Allah suruh perangi org2 zalim dan melampau batas. Baca la Quran makcik, belajar agama. Islam ni bkn setakat solat, puasa, zakat, haji jek! Islam ialah agama tentang hidup mencari redha Allah bkn redha manusia jauh sekali redha kpd org2 kafir dan ahli maksiat!
Nak tengok umrah/ haji mabrur ke tak tengok selepas. Kalu terus beristikamah jaga aurat, perangai mulut, bahasa… jadi lebih baik ke arah yg positif tu makna kata tu pass. Kalu masih dgn perangai lama mulut tak jaga, masih hauk lagha dgn duniawi masih dgn perangai lama tu bukan naik haji…tu pergi melancong. Baik gi doa kat masjid negara je…
mmg le ifa oi org tu bkn buat kerja tuhan pon tp tuhan dah kasi ilmu dan petunjuk kpd manusia supaya guna akal … istidraj mmg wujud …
habis tu hari2 solat baca al fatihah … “tunjukkan kami jln lurus” tu pemende? tu pun x phm ke sis baik sis beli mukhadam siap dgn terjemahan.. senang nk hadam x pyh hafal lagi al fatihah itew. ops!
Aku rasa ifa ni dh mereng mcm sajat.. Ingt ifa. Bongkak sgt. Jgn nanti Allah bg petunjuk. Nnt nangis tk berlagu. Jgn cabar hukum Allah. Org nasihat tu utk dakwah.
Inilah…Ramai yg Islam tapi jahil agama.
Taubat..taqwa..ilmu..amalan biar seiring
Moga Kita semua berusaha mendalami
Bila sakit telentang kt hospital tahu plak minta netizen doa kan agar cepat sembuh. Allah da makbul kan doa sehat kembali sombong plak.. jgn sampai Allah membeci ..Allah kasi sng itu adalah ujian dari Allah. Setiap manusia ujian berbeza..
Yang dok jatuh hukum tu dah tentu ke masuk syurga? Agama ni personal antara allah dan mahkluknye? Jaga kubur masisng masing cukupla. At least dia sembahyang, umrah, haji dll cuma tak pakai tudung je. Ramai kat luar sana pakai tudung labuh macam sarung nangka tapi perangai, mulut, perwatakan macam tut tut tut. berbilion umat islam di dunia ni tak pakai tudung tapi mereka tetap ikut ajaran allah. Sudah le dengan usataz / ustazah yang low mentaliti, tak berpelajaran ni, buat semak je
Bidin. Satu je. Tutup aurat tu wajib. Wajib klu dilangar hukumnya dosa besar. Tuhan tetapkan apa hukumnya dosa besar? Berapa banyak dosa besar sanggup ditanggung setiap hari? Kau yakin solat, puasa, zakat diterima Allah? Yakin? Ingat ye, klu yang wajib ni dah berani langgar, kau rasa macam mana nilai ibadat kau yang lain? Memang itu antara kau dengan tuhan. Ingat sikit ye waktu kita di padang mahsyar, jangan kau terkejut ibadat kau yang buat selama ini bagaikan debu tiada catatan pahala. So bila kau dah buat dosa besar, kau rasa pahala mana boleh timbal balik dosa besar kau.
Lagi satu, perempuan bertudung kau kata mulut perwatakan tut tut. Berapa ramai yang tak pakai tudung juga perwatakan mulut macam longkang. Yang tu tak pulak kau nak amik kira. So kalau mak nenek kau pakai tudung, kira jahatla? Isteri nabi2 yang menutup aurat kira jahatla. Jangan kau terpedaya sangatla dengan mainan syaitan ni. Of course manusia buat salah. Pakaian bukan menggambarkan iman. Tetapi yang semestinya menutup aurat SECARA BETUL sudah menurut perintah tuhan. Bukan ustazah ustaz yang tentukan tutup aurat. Bukan nabi atau rasul. Tapi Allah yang tentukan tutup aurat. Jadi kau lawan siapa sebenrnya? Allah kan?
Jaga kubur masing2? Haha, kubur kau sendiri pun kau tak reti jaga. Perintah tuhan kau pun langgar. Itu kau cakap jaga kubur sendiri? Berani cakap ayat ni depan malaikat nanti? Time tu terkebil kebil kau terketar jawab pada Allah, jawab pada malaikat. Beruntungla ada orang berilmu nak tegur kau dan golongan macam Ifa raziah ni kembali pada PERINTAH Allah.
Mana kau yakin ustazah yang tegur Ifa raziah ni mentaliti low class? Kau yakin degree sijil kau lagi tinggi daripada dia? Kalau kau tak tahu pendidikan ustaz ustazah tu, sampai tahap mana mereka belajar, klu kau sendiri terkebil2 nk lepas degree, jgn kau cakap ustaz ustazah ni low class. Bercakap pakai otak, sebab kau belum tentu tinggi pengajian dari ustazah yang tegur Ifa raziah ni. Kau tak kenal lagi siapa ustazah ustaz yang kau pandang rendah sangat tu.
BiBidin says:
May 28, 2022 at 2:33 pm
Yang dok jatuh hukum tu dah tentu ke masuk syurga? Agama ni personal antara allah dan mahkluknye? Jaga kubur masisng masing cukupla. At least dia sembahyang, umrah, haji dll cuma tak pakai tudung je. Ramai kat luar sana pakai tudung labuh macam sarung nangka tapi perangai, mulut, perwatakan macam tut tut tut. berbilion umat islam di dunia ni tak pakai tudung tapi mereka tetap ikut ajaran allah. Sudah le dengan usataz / ustazah yang low mentaliti, tak berpelajaran ni, buat semak je
Minta maaf, “Bidin”. Aku tak sokong kau.
1) Ustazah tu tak jatuhkan hukum Ifa Raziah masuk neraka. Ustazah tu sendiri tak cakap pun Ifa ni golongan neraka. Aku setuju dengan “BilaManusiaSombongDenganAllah”. Ustazah tu hanya ulang semula apa yang dia tahu, apa dia belajar, apa yang yang ditetapkan oleh ALLAH, iaitu menutup aurat, hukumnya wajib. Allah sendiri tentukan hukum ni. Bukan ustazah yang kau kritik sangat tu tentuakn hukam menutup aurat ni. Jadi mereka yang tak menutup aurat ni sememangnya melanggar hukum Allah, sememangnya melawan perintah Allah. Lepas tu kau solat, puasa, zakat. Tahu tak apa niat segala ibadat zakat, puasa, umrah , haji dll? Semuanya berniatkan kerana Allah kn? Pelik aku, perintah Allah jugak kau lawan, tapi kau sembah Allah. Kau paham tak niat ibadat lain? Kalau kau paham, perintah Allah yang paling senang- menutup aurat ni kau takkan lawan tahu tak. So pendapat aku, golongan yang tak menutup aurat ni bukan melawan ustaz ustazah ulamak. Tapi korang sendiri melawan Allah. Kau jawabla sendiri bila Allah tanya nanti.
2) Kalau kau pahami Islam betul, Islam itu bukan untuk diri sendiri tapi untuk semua makhluk. Jadi cakap kau “Jaga kubur masing-masing” tu dah SALAH! Islam menitik beratkan menjaga sesama umatnya, sentiasa beringatkan sesama umatnya. Apa yang ustazah tu buat adalah betul. Dia berani dan mengikut ajaran Islam. Jadi bila kau Islam, kau sendiri ucap kalimah syahadah, jadi orang Islam lain tak perlu tegur kau bila kau buat salah? Atau kau sendiri tak memahami Islam?
3) Kalau kau nampak perempuan yang bertutup litup ni mulut celupar, jadi kau tegurlah. Jangan kau lupa, wanita yang bertutup litup tu manusia, Bukan nabi, bukan Rasul. Manusia ni bukan totally keluar maksum ye. Bila ada orang buat salah tegur. Tapi bagusnya, mereka ni dah menurut perintah Allah yang paling wajib – iaitu menutup aurat. Cuba kau bayangkan, peremupan tak menutup aurat, tapi mulut celupar. Ramai jugak aku jumpa macam ni. Dahlah langgar perintah Allah yang paling wajib, lepas tu, tambah lagi dosa mulut watak longkang. So yang tu kau jangan tutup mata pulak.
4) Sorry to say Bidin, hanya orang yang berani declare orang lian low class saja, sebenar2nya mereka itu lagi low class. Ustaz ustazah tu takde plak cakap kita ni yang lagi banyak dosa dan tak tutup aurat golongan low class. Itu beza kau dengan ustazah tu. Orang low class je tak boleh terima nasihat.
Kak Ifa. Terima je lah apa ustazah tu tegur. Kalau tak cukup ilmu agama, jangan la nk cakap lebih2. Sedangkan definisi dan pemahaman kak Ifa tentang “Istidraj” pun dah salah. Jangan pandai-pandai cakapla kak Ifa. Nampak lagi bodoh kat situ.
Amboi kak. Solat, puasa, zakat, ibadat umrah (sunat je kak), akak buat jugak yang banyak stepsnya dan processnya. Kak Ifa ooi. Senang je kot, nak tutup aurat, tak berat pun , amik kain tutup yang sepatutnya. Jangan pulak pakai tudung, tapi aurat still terdedah, still terbonjol2. itu bukan tutup aurat. Itu fesyen je lebih.
Menutup aurat tu wajib hukumnya kak oooi. Hukum tu Allah tentukan. So akak sebenarnya lawan hukum Allah, akak sendiri lawan Allah. Bukan ustazah tu yang tentukan rules ni kak. Allah ok! Akak, kita ni bukan rasul, nabi, tuhan nk jumpa cakap tegur direct. Kita ni tak layak kak oi nk terima layanan sebegitu dari Allah. Allah ni turunkan macam-macam cara nak tegur kita. Belajar lebih lagi kak. Salah satu cara Allah tegur kita ialah melalui manusia, dengan manusia lain menegur kita agar kita ingat, ikut perintah dia. Bersyukurla kak, ada orang tegur akak. ingat skit, kalau ada orang tegur akak tu, sebenarnya itu warning dari Allah. Jangan sampai satu hari nanti, dah takde orang tegur akak. Sampai masa tu, beringat2la ye kak. Time tu tuhan dah jauhkan akak dari dia.
Tuhan tu Maha Adil kak. Islam atau tak Islam segalanya Allah balas di dunia. Akak buat baik Allah balas, macam2 cara tanpa kita sedar, tak semestinya harta kekayaan. Dia akan terus bagi dan bagi. Tapi ingat kak, kelebihan orang Islam ni, bukan di dunia je kita dapat, tapi akhirat jugak kita dapat. Tapi kalau kita langgar perintahnya walau sedikit akak rasa Tuhan ada simpan skit tak untuk akak di akhirat nanti? ingat kak, perintah Allah yang akak langgar ni hukumnya WAJIB. Berat tau wajib tu.
“Siapa Orang Itu Nak Letak Saya Istidraj? Jangan Buat Kerja Tuhan”
Hahaha, Mak cik Ifa. Mak cik Ifa bukan wali Allah. mak cik rasa tuhan nak turunkan wahyu kat mak cik ke, nak tegur kesalahan mak cik. Mak cik, ustazah tu, MENJALANKAN perintah Allah, iaitu menegur sesama muslim yang berbuat kesalahan. Itu perintah Allah juga tu. Mak cik Ifa ooi, pahami lagi apa itu maksud istidraj. Understanding lari gila mak cik. Jangan malukan diri sendiri.
Nasib la takde orang guna ayat paling kasar – MUNAFIK. kalau ada orang tu gelar MUNAFIK, confirm jadi kera kena belacan. Meroyan tak tentu hala. Munafik ni mak cik, ingat je tuhan, buat je ibadat, tapi buat salah juga, paling istimewa buat salah DOSA BESAR. Alah paling simple, senang je tak tutup aurat sempurna. Munafik ni kan mak cik, tempat dia special sngat di akhirat nanti, neraka paling bawah, paling jahanam. Kebiasaan orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran Islam dan mengaku mereka ialah seorang Islam, tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini. Mak cik bukan munafik kan??
Kak Ifa, sajat pun pergi umrah jugak kot. Ramai je kak pergi umrah, tapi still buat dosa, buat jahat balik dari Umrah. Bangga pergi umrah, tapi bangga juga buat dosa. Macam akak sekarangla. Bangga juga dedah aurat. Bukan saya ye kak yang tentukan hukum buka aurat tu dosa. Allah tentukan. Saya ulang semula je. Tidak menutup aurat itu Allah tentukan WAJIB dan hukumnya haram dan berdosa jika buka aurat. Kalau ada dari anda semua nak lawan kata2 saya ni, pikir2 semula ye. Bukan saya yang tulis Al Quran atau hadis nabi. Allah yang turunkan Al Quran dan hukum hakam ini. Sekiranya anda tidak bersetuju, bukan dengan saya yang anda bertelagah. Tapi anda semua bertelagah dengan hukum hakam Allah. Anda sendiri cari pasal dengan Allah.
“Kau Tu Hamba Allah” aku nak betulkan statement kau..
>> “Tidak menutup aurat itu Allah tentukan WAJIB dan hukumnya haram dan berdosa jika buka aurat.” <>”Menutup aurat itu Allah tentukan WAJIB dan hukumnya haram dan berdosa jika buka aurat.”<<
Aku 100% sokong apa kau cakap. Cuma sabar la skit bila type2 pun. hehehe
Apa pun yg kita buat samada betul atau salah..jgn la sombong..
Kalau salah, minta maaf saja..jika kita betul pun belum tentu kita betul sepenuhnya
Jadi merendah diri la..
Ko diam je la ifa, byk ko ckp, byk jahilnya ko ni..xnmpk pun pandainya
Dh bodo bt2 cerdik ni lh jadinye..
Tunggu lah … Sometimes it takes Cancer to change some ppl ….It can happen to me too..
So saya nak ingatkan diri sendiri juga