fbpx

Siapa Cakap M40 Dipinggirkan? Manfaatnya Di Sini

Selain B40, M40 juga dikatakan terkesan dengan wujudnya COVID-19 ini. Selepas kerajaan mengumumkan PKP3.0 ramai dah mula susah hati. Kerja tiada, malah ada juga yang baru jer mula berbisnes, dah tiba-tiba kena ‘kurung’ pula.

Boleh dikatakan semua orang tak kira lah anda dari golongan mana mempunyai kesukaran bila ‘tibanya’ virus pembunuh ini.

PEMERKASA+ Turut Bantu M40

Meskipun ada dari anda yang meluahkan rasa kecewa berharap kerajaan tidak ‘melupakan’ golongan M40 ini, sememangnya suara anda didengari. Kerajaan tidak akan meminggirkan golongan M40 ini. Syukur sangat!

Macam yang anda tahu lah, kerajaan telah menyalurkan bantuan kepada golongan B40 malah turut menyalurkan bantuan kepada M40. Mereka faham yang golongan M40 pun mempunyai pelbagai komitmen yang perlu dilunaskan.

Malah ada di antara mereka yang kehilangan kerja atau ada juga yang gaji mereka dipotong. Apa yang boleh dilakukan adalah mereka mula bangkit dari sudut ekonomi.

Manfaat Untuk M40

Buat makluman semua, moratorium PEMERKASA+ yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini turut dibuka untuk M40, kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan antara RM4,850 hingga RM10,959 sebulan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pun ada memaklumkan bahawa golongan M40 juga layak menerima bantuan moratorium.

M40 atau T20 (kumpulan isi rumah berpendapatan 20 peratus tertinggi sebanyak RM10,959 ke atas dan merupakan penggerak ekonomi dan majikan golongan B40 dan M40) yang hilang pekerjaan, korang juga layak menerima moratorium secara automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

Mereka yang menghadapi pengurangan pendapatan, tidak kira M40 atau T20, juga layak menerima pengurangan ansuran bulanan.

Ramai ke peminjam yang dapat manfaat? Boleh tahan jugalah.  Dijangkakan lebih 5 juta peminjam akan mendapat manfaat dari bantuan bayaran balik pinjaman bank ini.

Lagi satu yang ramai tak tahu, golongan usahawan atau majikan M40 juga dapat bantuan bayar gaji pekerja mereka. Ini kerana melalui Program Subsidi Upah, Kerajaan membantu majikan dengan membayar subsidi gaji pekerja sebanyak RM600 setiap pekerja.

Ramai tak sedar tetapi setakat ini ada seramai 2.7 juta pekerja di Malaysia yang gaji mereka sebenarnya dibayar sebahagiannya oleh Kerajaan.

Subsidi pun M40 boleh dapat tau! Subsidi petrol ada, subsidi minyak masak ada, subsidi tepung pun ada!

Amacam? Padu kan?

Pelan Pemulihan Berperingkat Dilancarkan

Selain itu, bantuan-bantuan di bawah PEMERKASA+ juga merangkumi tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang baru sahaja dilancarkan.

Untuk info anda, pelan ini merangkumi empat fasa bagi membolehkan negara bebas daripada kemelut pandemik COVID-19. Peralihan fasa PPN adalah berpandukan kepada purata kes harian baharu, tahap penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peratus populasi yang divaksinasi sepenuhnya. Jadi, kalau salah satu kriteria ni tak dipenuhi, tak dapatlah kita beralih ke fasa berikutnya.

Kredit imej: JohorKini

Apa pentingnya ada PPN ni? Bila ada PPN, rakyat, perniagaan dan pelabur senang nak merancang sebab dah tahu bila  Malaysia akan beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Lepas tu sektor ekonomi dan sosial pun boleh tahu bila dapat beroperasi semula apabila nilai ambang tertentu dicapai.

Tapi, sementara menunggu peralihan fasa, jangan risau. Bantuan sedia ada masih disalurkan secara berterusan termasuklah pakej Pemerkasa Tambahan yang diperkenalkan bagi mengurangkan beban rakyat semasa Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sama-sama kita ambil manfaat dari pelbagai bantuan kerajaan, okay!