Shukri Yahaya Makin Rajin Baca Al-Quran Lepas Isteri Berniqab

Pelakon Shukri Yahaya mengakui penampilan isterinya, Tya Adnan yang berniqab sejak Februari lalu memberi aura positif dalam rumah tangga mereka.

Memetik HibGlam, Shukri berkata ianya sekaligus membuatkan mereka semangat untuk bersama-sama menggandakan amalan harian termasuk menjadi Al-Quran bersama-sama.

BACA: Tya Adnan Tampil Berniqab, Shukri Yahaya Sokong Isteri Jaga Aurat

“Sejujurnya Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas berniqab.

“Suasana dalam rumah tangga mungkin sama sahaja, cuma selepas penampilannya berubah, amalan yang kami lakukan juga bertambah. Antaranya kami semakin kerap mengaji al-Quran berdua,” katanya.

Sementara itu, Shukri meluahkan rasa syukur melihat perubahan isteri tercinta serta berdoa agar Tya terus istiqamah.

“Tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai pilihannya berniqab kerana saya sendiri gembira dan bersyukur isteri semakin menjaga aurat.

“Saya cuma titipkan nasihat supaya jangan mengalah kerana pilihan berniqab yang dilakukan sudah betul,” katanya.

SUMBER: HibGlam

×