fbpx

Shuk Sahar Sertai Tabligh, Peminat Doakan Terus Istiqamah

Nampaknya pelakon dan pelawak, Shuk Sahar turut mengikut jejak langkah rakan artis lain dengan mengikuti program dakwah bersama jemaah tabligh.

Baru-baru ini, tular foto oleh Dakwah Tabligh Malaysia di Instagram, memaparkan beberapa foto Shuk turut keluar mengikuti dakwah tabligh.

BACA: Jual Air Kopi Tepi Jalan, Shuk Sahar Buat Demi Isteri

Menerusi entri tersebut, pihak Dakwah Tabligh Malaysia berharap agar orang ramai mendoakan Shuk terus istiqamah untuk menuju ke jalan Allah.

“Shuk Sahar keluar ke jalan Allah, doakan beliau istiqamah dijalan Allah,” tulis pengendali akaun berkenaan.

Sementara itu, Shuk juga turut memuat naik foto sama di Instagram miliknya bersama Maulana Helmi serta berharap dapat berjumpa dengannya lagi di masa akan datang.

Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan juga netizen yang meluahkan rasa syukur di atas perubahan baik pelawak tersebut serta mendoakan kekal istiqamah.