fbpx

Shuk Sahar Contohi Perubahan Aliff Aziz, Takut Kembali Macam Dulu

Pelawak Shuk Sahar berkongsikan dia pernah mengalami situasi lebih kurang sama dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.

Menerusi podcast Oklestgo.SG, Shuk berkata dia turut menjadikan Aliff sebagai inspirasi untuk perbaiki kehidupannya serta menjadi lebih baik selepas kontroversi rumah tangganya.

BACA: Shuk Sahar, Fara Salleh Dah Nikah November Tahun Lalu

@okletsgo.sg

Isu Tangkap Khalwat. #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #fypmy #podcast #radio #viralmalaysia?? #gempakviral #berita #fyp? #shuksahar #dynnorahim #dzarismail #rajarazie #suriafm #erafm #hotfm #kool101 #aliffaziz #ruhainies #bellaastillah

? original sound – OKLETSGO – OKLETSGO

“Straight to the point pasal kes Aliff Aziz, apa yang beza kali ini Aliff Aziz tenang, Ruhainies tenang. Esoknya Ruhainies boleh post gambar dia pegang bunga.

“Aku takut. Sebenarnya kes Aliff Aziz ni dengan aku dia lebih kurang ‘timing’. Bila Aliff Aziz dapat tunjuk yang sisi dia patah balik dan dekat GV (Gegar Vaganza) dia jadi Imam.

“Jadi pada masa tu dia salah seorang yang pengaruh aku untuk aku macam ‘aku kena contohi dia’. Walaupun dia macam tu, dia patah balik, dia betulkan kehidupan dia. Aku pun ada sedikit sebanyak jadikan dia inspirasi,” katanya.

Sementara itu, Shuk berkata isu khalwat melibatkan Aliff dan Ruhainies baru-baru membuatkan dirinya takut pada diri sendiri jika kembali seperti dahulu.

“Bila berlaku macam ini, sebenarnya lebih kepada aku takut pada diri sendiri sebab aku macam dah berpatah balik, macam mana kalau tiba-tiba aku pulak jadi macam ni? Serius aku takut,” kongsinya.

SUMBER: TikTok Oklestgo.SG