Shuib Tinggalkan Suria FM, Nak Fokus Bisnes

Selepas lebih setahun menjadi penyampai radio Suria FM, pelawak Shuib menamatkan perkhidmatan bersama stesen radio tersebut berkuat kuasa hari ini.

Prekära itu dimaklumkan oleh Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin yang memberitahu Shuib mahu memberi fokus kepada perniagaan miliknya.

BACA: Shuib Dedah Dah Setahun Tak Ada Gaji Dekat Bubblebee

“Kerjasama yang telah terjalin selama hampir 2 tahun ini merupakan satu langkah strategik bagi Suria FM dalam rangka perancangan bagi tahun 2023 lalu melibatkan kolaborasi khas dengan Shuib untuk beberapa tempoh sahaja.

“Shuib ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaannya yang semakin berkembang,” katanya.

Sementara itu, DJ Lin berharap untuk terus menjalin kerjasama dengan Shuib dalam masa akan datang dan akan umumkan penyampai baru talam masa terdekat.

Untuk rekod, Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022.

×