Pelawak dan usahawan Shuib berkata isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan pekerjanya sudah pun selesai.

Memetik Utusan Online, Shuib menafikan dakwaan netizen yang menuduhnya sering menayang kemewahan di media sosial. 


BACA: “Isu KWSP Umpama ‘Wake Up Call’ & Satu Pengajaran…” – Shuib

Menurut Shuib, sudah setahun dia tidak dibayar gaji kerana mahu memajukan empayar perniagaannya serta untuk memastikan terus kukuh.

“Kalau boleh saya kongsikan, sebenarnya saya setahun tak ada gaji dengan Bubble Bee. Semuanya saya buat secara percuma sebab saya pemilik syarikat ini dan perlu berjuang sampai habis.

“Saya bukan buat Bubble Bee saja. Saya bangun seawal pukul 4 pagi untuk bekerja sebagai penyampai radio. Selain itu, Alhamdulillah saya juga dilantik untuk jadi duta beberapa produk. Itu bermakna, sumber kewangan saya datang daripada sumnber lain juga,” katanya.


Dalam pada itu, Shuib berkata dia tidak hidup mewah serta menjelaskan apa yang dikongsikan di media sosial merupakan konten berbayar.

“Saya tak adalah kaya sangat dan tak hidup mewah…saya biasa-biasa saja. Kalau orang luar tengok saya pergi bercuti, buat reviu di tempat yang mahal-mahal, itu semua percuma, orang yang bayar saya. Itu yang saya terfikir mewah macam mana hidup saya ni sampai orang cakap macam-macam.

Malah, Shuib berkata hasil sumber pendapatan diperolehnya itu juga turut disalurkan ke dalam akaun Bubble Bee untuk pastikan semua pekerjanya menerima gaji.

“Ada rezeki daripada sumber lain yang saya bawa masuk dalam Bubble Bee hanya untuk melihat bisnes saya bergerak. Hampir tujuh angka nilai yang saya bawa masuk ke Bubble Bee daripada sumber kewangan yang saya dapat.

“Saya buat begitu sebab nak pastikan pekerja saya bekerja dalam perasaan gembira, ada gaji walaupun kita kadangkala dalam keadaan tak berapa baiik tapi saya tetap pastikan mereka ada gaji. Jadi, janganlah cakap saya bermewah-mewahan…saya biasa saja. Saya muka orang awam bukan muka T20,” katanya.