Baru-baru ini Dol’s Podcast yang dikendalikan oleh Shuib Sepahtu, Shuk Sahar dan Fizie menjadi perhatian ramai apabila menjemput Mamat Sepah sebagai tetamu.
Ramai yang seronok mendengar perkongsian Mamat yang mengimbau kembali detik perjalanan kumpulan Sepah bersama dua ahli kumpulan tersebut.
BACA: “Kau Relaks Jer, Benda Ni Simple Je Mat” – Shuib
Netizen :
“Jangan panggil Rahim (Sepahtu)”
Shuib :
“Tak, tak memang xkan panggil. Terus terang je aku cakap. Ada 2 nama ni memang aku xkan panggil. Insyaallah” pic.twitter.com/9OAIoe53oh
— Naz;Naz ?? (@_NazriH) August 6, 2024
Terbaru, menerusi satu video tular Shuib mengatakan dia tidak akan dua individu ke podcast tersebut dan salah seorang daripadanya adalah Rahim Sepahtu.
“Tak, tak memang takkan panggil. Terus terang je aku cakap. Ada 2 nama ni memang aku tak akan panggil. InsyaAllah,” katanya.
Seperti sudah dijangka, perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang terkenang kembali apabila Rahim datang menemani Shuib dan membantu ketika pengebumian arwah Siti Sarah.
SUMBER: X