fbpx

Shuib Sanggup Tak Dibayar Buat Kerja Asalkan Tak Stress

Pelawak Shuib Sepahtu menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia bersikap demand kerana jarang muncul dalam mana-mana program.

Memetik mStar Online, Shuib berkata dia kini lebih mencari keseronokan bekerja berbanding bersikap tamak membolot semua tawaran yang diberikan.

BACA: Keluar Dinner Bersama, Shuib Akui Watie Ada Ciri-Ciri Sesuai

“Saya tidak rasa ada isu demand. Dalam usia sekarang ini saya lebih mencari keseronokan bekerja untuk hiburkan diri sendiri. Kalau dapat tawaran kerja melibatkan kawan-kawan, memang saya suka,” katanya.

Menurut Shuib lagi, dia kini mementingkan kegembiraan dalam bekerja serta tidak mahukan tekanan berbanding bayaran lumayan.

“Kalau payment besar sekalipun tetapi tidak happy nak buat apa? Boleh sahaja saya terima tawaran kerja tanpa bayaran asalkan tak stress. Sekarang ini kena fikirkan diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berharap peminat terus memberikan sokongan kepadanya dan menjadi pembakar semangat untuknya melupakan kesedihan.

“Saya mahu kembali mengisi masa yang ada dan mengharapkan sokongan semua apabila kembali dalam industri.

“Menghiburkan peminat bagaikan sudah menjadi darah daging. Saya mahu rasa happy dan boleh buat saya move on. Sokongan peminat memberi saya semangat,” katanya.