fbpx

Shuib Berdebar Nak Akad Nikah Kali Kedua

Bakal diijabkabulkan malam ini, pelawak Shuib mengakui berdebar untuk bernikah kali kedua dengan wanita pilhan hatinya, Watie Hanifiah.

Memetik Gempak, Shuib berkata apa yang lebih mendebarkan ketika akad nikah nanti apabila dia perlu menyebut nama Wati yang agak panjang iaitu Fati Nikmatul Adawiah Hanafiah.

BACA: “Shuib Menang Besar” – Video Watie Berbaju Songket Jadi Perhatian

“Mestilah berdebar dan tak dapat bayangkan bagaimana indahna nanti momen akad nikah saa bersama keluarga dan anak-anak dan cinta baru ini. Debaran tu tak tahu macam mana saya nak ungkapkan.

“Apa yang lebih mendebarkan juga sebenarnya ketika akad nikah nanti. Nama Watie ni dah lah panjang, nasib baik tak perlu sebut senafas tapi kena sekali jalan sahajakan…Apa pun saya harap semua akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib yakin Watie dapat menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya serta memuji bakal isterinya itu seorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi.

“Watie ni saya boleh kata dia ada sifat keibuan yang semula jadi. Dia seorang yang boleh sabar melayani kerenah anak-anak saya.

“Ternyata saya sendiri banyak belajar dengan dia bagaimana boleh bersabar dengan anak-anak ini. Insya Allah saya yakin dia dapat sama-sama menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya,” katanya.