Genap setahun bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata, pelawak dan usahawan popular, Shuib Sepahtu mengakui dirinya kini sedang mengenal hati budi seseorang.
Menerusi temu bual bersama Melodi yang disiarkan semalam, Shuib mengakui takut untuk bercakap soal jodoh apatah lagi mereka masih dalam proses berkenalan.
BACA: Wan Sharmila Tak Rimas Dijodohkan Dengan Shuib
“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati seseorang, Insya-Allah. Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan. Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.
“Kalau ada (jodoh) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib mendedahkan wanita tersebut hanya orang biasa dan bukan dalam kalangan industri seni.
“Dia orang biasa-biasa sahaja. Dia pilihan ibu saya,” katanya.
Terdahulu, Shuib pernah dikaitkan dengan pelakon Zara Zya dan Wan Sharmila. Namun, Shuib menjelaskan mereka hanya rakan industri sahaja.