Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai Nurul Shuhada Mat Shukri yang ditumbuk oleh suaminya, pelakon Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kecederaan.

Menerusi temu bual bersama Melodi baru-baru ini, penerbit program tersebut iaitu Michelle Wee sempat bertanyakan ‘scanning’ yang dilakukan di sebuah klinik pada tahun lepas.

BACA: “Berzina, Mandi Wajib Bersama” – Shuhada Dakwa Hafidz Kantoi ‘Check In’ Hotel?

@melodiberapi

Andai Hafidz Roshdi berkahwin dengan Athira, nie ucapan padu Syuhada buat Pelakon Hafidz Roshdi ? #meloditv3 #panas #hafidzroshdidanathirayuhada #curang #panas #tumbuk #hafidzroshdi #tv3 #ceritaartismalaysia

? original sound – Melodi – Melodi tv3

“Kebetulan saya ada dapat maklumat *censor beep* scanning nama *censor beep* berlaku tahun lepas di satu klinik result menunjukkan beliau *censor beep*. You tahu pasal ini?” soal Michelle.

Shuhada dilihat terkejut serta bertanyakan dari mana bukti itu diperoleh. Kata Shuhada lagi dia hanya menyerahkan segalanya kepada Allah yang Maha Mengetahui.

Hanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu perkara si dia dan si dia . Itu saja saya boleh katakan. Saya memang betul-betul berserah kepada Allah. Allah akan adili sebaiknya,” katanya.

Video yang dikongsikan di TikTok Melodi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa keputusan yang dimaksudkan adalah ‘orang ketiga’ hamil.

×