fbpx

Shopee Live Lebih Rancak Bila Ada Nabila Huda & Fara Nadiah!

Bukan biasa-biasa okey, bila selebriti popular yang kendalikan Shopee Live, mecanak view! Siapa sangka dengan kehadiran selebriti pujaan ramai akan buatkan sesuatu video live tu mampu meraih jutaan penonton sehingga ada yang terpengaruh dengan barang jualan di Shopee Live.

Kalau korang nak tahu, Shopee Live Skuad Stylo yang bersiaran setiap jam 8 malam meraih 2 juta tontonan serta hampir 850,000 Add to Cart sejak mula bersiaran pada 5 September lalu. Memang gempak habis!

Selebriti yang join Shopee Live ni pun bukan yang calang-calang selebriti okey! Kali ini Shopee Live bawakan Nabila Huda yang digandingkan dengan pengacara Zaiton Khalid dalam mengendalikan Shopee Live Skuad Stylo pada 26 September lalu.

Pada strim langsung itu, Nabila turut menggayakan tudung jenama tempatan Heejab dan Theselamah bagi menunjukan keselesaan dan kualiti kain kepada penonton.

Selain itu, ada juga selebriti kecil molek, Fara Nadiah. Kalau korang nak tahu, ketika strim langsung pada 2 Oktober lalu yang dikendalikan oleh Fara bersama pengacara Sarancak (Sara Zulkifli), menekankan kualiti dan harga mampu milik produk buatan tempatan, seperti jongkong emas 999.9 jenama Masdora.

Pelakon ini juga menyedari penjual wanita di Shopee membantu menaikkan wanita lain dalam komuniti mereka. ‘Menjual dalam talian memudahkan wanita terutamanya suri rumah kerana mereka boleh menguruskan perniagaan sambil menjaga anak. Mereka adalah contoh peranan kepada penjual lain,’ kata Fara.

Di samping itu, Sherry Alhadad dan Dato’ Seri Vida juga antara selebriti yang aktif mengajak peminat menyokong perniagaan tempatan sejak September lalu menerusi Shopee.

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, “Shopee menyasarkan untuk terus membawakan pengalaman membeli-belah terbaik yang bukan sahaja bagi memenuhi keperluan pengguna tetapi turut menghiburkan mereka sambil mengekalkan keterlibatan melalui konsep ‘shopping-tainment’ yang  memperkasakan penjual tempatan untuk berjaya dan berkembang dalam jangka masa panjang. Kami teruja melihat selebriti seperti Nabila Huda dan Fara Nadiah mengajak jutaan peminat di Shopee Live Skuad Stylo untuk menyokong jenama tempatan. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia menghayati nilai produk Buatan Malaysia.”

Untuk pengetahuan semua, penjual strim langsung Shopee terbaik di setiap negeri di Malaysia telah menjana jualan sebanyak RM4.6 juta dalam tempoh 12 bulan lalu.