fbpx

Shila Amzah Tak Nak Kahwin, Selagi Ubai Tak Lamar Betul-Betul

Umum mengetahui penyanyi Shila Amzah kini menjalin hubungan cinta dengan pempengaruh media sosial Ubai dan kisah mereka sering menjadi perhatian.

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan penyanyi itu membuat sesi live bersama kekasihnya dilihat sedang berbual di sebuah lokasi.

BACA: Shila Amzah ‘Tewas’ Selepas Konsert, Ubai Setia Temani Disisi

Apa yang menjadi perhatian, Ubai berkata ‘door gift’ sudah ditempah dan mereka bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

@hypemalaysia

Hold up! Are Shila Amzah and Ubai Mz actually tying the knot this weekend?

? original sound – Hype Malaysia – Hype Malaysia

“Doorgift dah tempah, nak sponsor ke? Kami akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Sponsor-sponsor boleh masuk, doorgift ke pelamin,” katanya.

Bagaimanapun, Shila meminta netizen supaya mengendahkan kata-kata Ubai itu serta memberitahu dia mahu berkahwin pada hari Sabtu.

Dalam pada itu Shila berkata dia tidak mahu berkahwin selagi kekasihnya tidak melamar dengan cara yang betul.

“Jangan dengar cakap Ubai ni, kitaorang nak kahwin hari Sabtu. Tapi selagi Ubai tak lamar betul-betul saya tak akan kahwin dengan awak, mudah,” katanya.