fbpx

Shila Amzah Sayu Hati Anak Dah Nak Mula Sekolah

Pejam celik, anak kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Seth Uwais bakal menjalani sesi persekolahan tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shila dilihat ada memuat naik video momen anak lelakinya sedang menikmati makanan. Shila turut merasa sebak anaknya bakal bersekolah serta mendoakan agar Seth menjadi anak soleh.

BACA: Suami Shila Amzah Berhenti Kerja, Mahu Fokus Niaga Baju & Kebun Di Pahang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Ada budak nak mula sekolah dah. Macam sayu hati mama. Sebelum ni ajar dia dekat rumah je, dah pandai baca semua, Alhamdulillah. Semoga Seth jadi anak yang baik, anak soleh mama dan papa,” katanya

Untuk rekod, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

Terdahulu, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari 2022. Hasil perkahwina mereka dikurniakan seorang cahaya mata kini berusia empat tahun.