Belum pun lagi reda isu gurauan beliau di atas pentas Anugerah Planet Muzik 2012 yang mengundang kontroversi semalam — timbul pula gossip tentang lamaran.

Portal hiburan GUA hari ini melaporkan Shila Amzah menulis di akaun Twitter beliau mengatakan yang dirinya sudah menerima lamaran kekasih hati, Sharnaaz Ahmad.


“Sharnaaz Ahmad proposed me and I am officially announcing that I DO. Marrying him — dunia akhirat hingga ke jannah insyaAllah,” tul

is pelantun lagu Patah Seribu ini.

Ibu Shila Amzah yang di'hubungi menolak untuk memberikan sebarang komen berkaitan perkara ini — dan jika ianya benar, tahniah buat Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad.

Dalam perkembangan lain, Shila Amzah mengakui beliau belajar dari kesilapan akan apa yang di'cakapkan terhadap Sharnaaz Ahmad di pentas anugerah hujung minggu lalu.

“Bagi saya ianya satu gurauan namun ayah saya menasihatkan ianya adalah sesuatu yang tidak wajar untuk saya cakapkan di'khalayak ramai,” ujar Shila Amzah yang di'temui.

zp8497586rq