fbpx

Shila Amzah Dedah Hidap Anxiety, Punca Persembahan Merosot Di Pentas GV9

Penyanyi Shila Amzah menjelaskan persembahannya di minggu keempat terjejas dan tidak berada di senarai lima terbaik selepas mengalami serangan anxiety ketika berada di pentas.

Memetik mStar Online, Shila mengesahkan dia mengalami gangguan kebimbangan melampau atau anxiety selepas membuat pemeriksaan kesihatan apda Mac lalu.

BACA: Peminat Pertahankan Shila Amzah Tindik Hidung

“Malangnya minggu lepas saya kena serangan anxiety masa di atas pentas. Masa itu memang saya sudah tak ingat apa-apa, saya tak dengar apa pun yang Datuk Syafinaz komen. Masalah anxiety ini memang sudah lama selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu,” katanya.

Shila berkata antara penyebab dia mendapat serangan secara tiba-tiba termasuklah faktor dirinya penat serta terkesan dengan komen-komen negatif yang diperkatakan mengenai dirinya di media sosial.

“Mungkin antara faktornya sebab saya penat, kadang-kadang nak cari komen positif terjumpa perkara negatif yang memberi kesan.

“Setakat ini, minggu ketiga dan keempat paling teruk. mungkin juga secara tak langsung benda itu menganggu emosi saya di pentas,” katanya.

Dalam pada itu, Shila memberitahu dia tidak menyasarkan untuk menjadi nombor satu sebaliknya mahu memberikan persembahan terbaik buat penonton.

“Apabila saya buat persembahan, kadang-kadang apa yang kita rangka itu tak menjadi seperti dirancang. Sejujurnya sebaik berada di pentas saya tidak sasar untuk jadi nombor satu tetapi ingin berikan yang terbaik dan menghiburkan penonton,” tulisnya.

Terdahulu, Shila hanya menerima markah sebanyak 74.60 peratus daripada juri pada persembahan minggu keempat ketika membawakan lagu Pudar nyanyian asal Indah Ruhaila.