fbpx

Shila Amzah Akhirnya Sudah Pulang Ke Rumah Sendiri

Selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, dua minggu lalu rumah tangga penyanyi Shila Amzah dan suaminya, Haris Idraki Elias akhirnya sampai ke titik noktah.

Dua hari selepas memaklumkan perkara itu, Shila dilihat ada memuat naik gambar menunjukkan tangga yang menjadi penghubung tingkat atas dan bawah.

BACA: Shila Amzah Sah Bercerai

Sementara itu, dua hari lalu Shila ada memuat naik video memaparkan mainan miliknya anaknya yang bersepah. Diruangan komen ada netizen bertanyakan adakah ruang tersebut di rumahnya di Cyberjaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Menjawab pertanyaan daripada netizen, Shila mengiyakan sekaligus mengesahkan dia sudah pulang ke rumah miliknya itu.

Melihatkan jawapan daripada penyanyi itu rata-rata netizen meluahkan rasa syukur serta mendoakan kesejahteraan buat Shila.

Terdahulu, pada Disember lalu, Shila mengejutkan ramai pihak apabila membuat pendedahan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan sudah menfailkan perceraian