fbpx

Penyanyi Shiha Zikir mendedahkan ada rakan artis yang kurang senang dengan pencapaiannya dalam industri seni sehingga memandang rendah bakatnya.

Menurut Shiha, dia dihubungi individu tersebut namun hanya bercakap benda negatif mengenai dirinya. Malah, individu tersebut mengatakan dia seolah tidak layak berada dalam industri.

BACA: 12 Tahun Bercinta, Shiha Zikir Belum Fikir Soal Kahwin

“Ramai orang perlekehkan apa yang saya buat dalam industri. Malah, ada rakan industri yang sanggup hubungi saya dan tiba-tiba nak marah. Dia cakap ‘kau balik rumah cermin muka sendiri! Kau layak ke?’

“Sepanjang 20 minit dalam talian dia cakap semua benda negatif yang merendah-rendahkan saya. Orang itu seseorang yang saya tak sangka akan cakap begitu dan persoalkan apa saya buat dalam industri,” katanya.

Dalam pada itu, Shiha turut mendedahkan selepas kejadian itu dia kerap mengalami serangan panik di rumah kerana terlalu memikirkan perkara tersebut.

“Bila dapt call daripada kawan, sudah tentu saya gembira tapi bila dia cakap macam tu, memang membuatkan saya sedih dan rasa down sangat. Masa dia call tu, saya dalam kereta. Lepas habis menangis, barulah saya masuk rumah jumpa ibu.

“Duduk bilik pasang aircond, tapi tetap berpeluh. Sakit sangat, sebab tu saya faham perasaan orang yang kena serangan panik ni,” katanya.