fbpx

Sheila Majid Bakal Buat Persembahan Khas Di Los Angeles

Dalam sedar tidak sedar, tahukah anda Datuk Sheila Majid akan mengadakan persembahan live di Los Angeles pada 2 Mei nanti sempena meraikan 30 tahun penglibatan penghibur bertaraf antarabangsa ini dan tahukah anda lagi sekali, bahawa khabarnya persembahannya kali ini rata-ratanya ditaja oleh syarikat korporat daripada Indonesia.

Jika dilihat daripada promosi konsert ini, tidak salah kiranya kami mengatakan bahawa belum ada lagi kedengaran bunyi-bunyi bahawa akan ada media daripada Malaysia yang akan diundang atau mungkin juga pihak promosi konsert tersebut mempunyai strategi tersendiri.

Bagi kami, ini sebenarnya dalam masa yang sama menunjukkan bahawa ramai juga peminat Sheila Majiddi bumi Amerika Syarikat sehingga beliau mampu membawa bakat ke sana. Selain itu, persembahan yang bakal diadakan di bumi Amerika Syarikat ini sedikit sebanyak mampu mengubat rindu peminat setia Sheila Majid yang sudah lama mengimpikan idola mereka sekian lama ini beraksi secara langsung.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Sheila Majid dan semoga perjalanan persembahan konsert hanya tinggal kurang 90 hari ini berjalan lancar dan dipermudahkan (rtky/syfq)

Sheila Majid Bakal Buat Persembahan Khas Di Los Angeles - ROTIKAYA_001