Perkongsian pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian memuji bekas isterinya, Noor Nabila dalam mendirikan anak mereka, Jebat Jayden dalam soal agama.
Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Sharnaaz turut memuat naik gambar anaknya yang kini berada di Tanah Suci Mekah.
BACA: Hantar Jebat Tunai Umrah, Sharnaaz Ahmad Dipuji ‘Bapa Terbaik’
“Kalau bab agama, Alhamdulillah didikan Nabila champion! Tapi, bab didikan haru bin biru bin hara,serahkan kepada king of anak antoo. I love you my little anak antoo,” tulisnya
Sementara itu, dalam perkongsian lain Sharnaaz sempat berkongsikan paparan skrin ketika membuat panggilan video bersama anaknya.
Sharnaaz turut meluahkan rasa rindu terhadap anaknya yang sudah seminggu lebih mengikuti ibunya menunaikan ibadah umrah.
Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden Ahmad kini berusia lima tahun.