fbpx

Sharnaaz Ahmad Rancang Nikah Tahun Depan

Merasakan sudah tiba masanya untuk berkeluarga, pelakon Sharnaaz Ahmad menjelaskan bahawa dia mahu menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya yang juga merupakan kakak Neelofa iatu Noor Nabila, selewatnya pada tahun hadapan.

BACA: Sharnaaz Ahmad Komen Balas Kritikan Peminat

“Apa yang saya harapkan bila berumur 31 tahun, orang kata sudah banyak pencapaian yang saya dapat dari segi lakonan, kepercayaan produser, anugerah pun dah ada, Alhamdulillah”

“Sekarang ini sudah sampai ke arah lebih kepada kekeluargaan. Insya-Allah, sekarang ini kalau ada rezeki umur 31 ini saya pun sudah teringin untuk mendirikan apa yang perlu didirikan”

“Tapi saya tak boleh bagi kata putus sebab saya kena ikut protokol, kebudayaan serta berbincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu. Kalau ada rezeki dan tiada halangan, saya teringin mendirikan rumah tangga pada tahun depan,” katanya kepada Rotikaya.

Tambah Sharnaaz, dia juga yakin bahawa Nabila mampu menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak mereka kerana sikap kekasihnya itu yang yang bijak, sangat tegas, dan tahu apa yang diinginkan serta apa yang diperlukan. (rtky/h)