Pelakon dan penyanyi Azira Syafinaz tumpang gembira melihat kebahagiaan pelakon Sharnaaz Ahmad dan teman barunya, Amelia Christie.

Memetik Kosmo, Azira berkata Sharnaaz juga berhak bahagia dengan siapa saja wanita pilihannya serta mendoakan yang terbaik.


BACA: “Kalau Kongkong Ke Arah Kebaikan, Apa Salahnya?” – Sharnaaz

“Sharnaaz berhak bahagia dengan mana-mana wanita pilihannya. Saya doa yang terbaik buat dia (Sharnaaz). Dengan siapapun dia keluar atau berkawan, saya rasa dia berhak untuk bahagia. Dia pun seorang ayah dan semestinya, dia ada impian bina keluarga baharu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Azira berkata dia tiada langsung rasa iri hati melihat pasangan itu serta mengatakan dia dan Sharnaaz hanya berkawan.

“Saya tengok video itu yang mereka pergi malam gala Polis EVO 3 bersama. Okey dan itu bagus buat mereka.


“Saya pun tiada rasa iri hati pun. Saya dengan Sharnaaz pun sekadar berkawan. Sebab itu saya selalu rasa kelakar sebab sejujurnya, saya bukan jenis nak sibuk pasal hal orang. Kalau dia ada teman wanita baharu pun, saya okey,” katanya.

Terdahulu, timbul gosip yang mendakwa Sharnaaz dan Azira sedang bercinta. Malah, mereka juga dilihat mesra dan berbalas-balas komen dalam media sosial masing-masing.