Sharnaaz Ahmad Mengamuk Bila Nama Digunakan Penipu
Hati siapa tidak panas apabila ada individu yang mengambil kesempatan atas populariti nama sendiri untuk mengutip wang dan menipu orang ramai. Ini yang terjadi kepada Sharnaaz Ahmad baru baru ini sehingga beliau mengeluarkan amaran keras di Instagram.
Melalui status terbaru beliau, Sharnaaz Ahmad memberikan amaran kepada orang ramai supaya berhati hati dengan satu skim penipuan yang menggunakan namanya untuk satu acara kebajikan.
Dua orang individu yang berasal dari Singapura itu dikatakan menggunakan nama Sharnaaz Ahmad untuk mengadakan acara bertemu peminat di negara tersebut dan mengenakan bayaran yang didakwa akan disalurkan kepada badan kebajikan.
“Ini dua manusia tak guna patut dihukum rejam sampai lunyai! Jaga jaga dengan penipuan dua ekor ini. Ya, ekor. Binatang berhati mulia walaupun tidak berakal, tetapi dikurniakan akal, digunakan untuk mengaut keuntungan”
“Event di Singapura adalah palsu! Tujuan mengaut keuntungan, sila cari ini dua ekor & ambil duit dia,” tulis Sharnaaz Ahmad sebagai peringatan kepada peminat.
Nampaknya peminat dan selebriti sendiri mesti lebih berhati hati selepas ini kerana orang kita memang senang termakan pujuk rayu lebih lebih dalam soal kebajikan. Pastikan wang yang dihulur sampai benar kepada yang memerlukan. (rtky/m)
distracted dgn font DFKL kat belakang Sharaaz tu. mcm logo Avent lah pulak haha
ahhhhh ahhhhhhhhhhh ahhhhhhhhhhhhhhh
masakini orang susah bekerja untuk mendapat duit dan menyara keluarga. oleh itu adalah juga yang bekerja kuat untuk mendapat wang segera dengan menipu orang. hati2 dan jangan mudah diperdaya. lapor terus kpd pihak polis kiranya ragu2 dgn kutipan wang secara haram atau pun dah kena tipu. kena selidik dulu sebelum membuat sebarang pembayaran. misalnya saya pernah mendapat panggilan dari seseorang wanita konon nya dia ni dari satu institusi kewangan. saya hagaimane pun tak langsung layan sebab tiada institusi kewangan yang akan menalipon kita selain sindiket scam. jadi harus lah berwaspada selalu.