Pelakon Sharifah Sakinah memohon maaf kepada mereka yang tersinggung susulan tindakannya memuat naik video sedang mendukung anak anjing.
Memetik Harian Metro, Sakinah berkata dia tetap menjaga batas serta menerima teguran diberikan dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
BACA: Sharifah Sakinah Sakan Menari Dengan Anak Anjing
“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya. Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya.
Sementara itu, Sakinah berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu serta berharap isu tersebut tidak dipanjangkan.
“Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka. Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.