fbpx

Sharifah Sakinah Berang Anak 6 Tahun Jadi Mangsa Buli Netizen

Pelakon Sharifah Sakinah berang dengan sikap netizen yang membuli dan mengejek anaknya, Anais berikutan tular video di TikTok membabitkan anak tunggalnya itu dengan kakaknya, Sharifah Shahirah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sakinah turut memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika ianya berterusan.

BACA: Gambar Berkemban Sharifah Sakinah Undang Komen Lucah

Menurut Sakinah, dia mengakui kecewa anaknya menjadi amngsa buli. Ujarna, dia tidak kisah jika ada yang mahu bercakap buruk tentang dirinya namun bukan pada kanak-kanak.

“Saya ingin mengetengahkan satu insiden yang berlaku, baru-baru ini membabitkan anak perempuan saya, Anais dan kakak saya seperti yang tular dalam aplikasi TikTok.

“Saya tak kisah jika kalian nak membuat andaian atau bercakap buruk pasal saya, tetapi bukan pada kanak-kanak berusia 6 tahun.

“Sepanjang 15 tahun saya aktif dalam IG, saya cuba membataskan diri daripada berkongsi perkara peribadi termasuk membuat ulasan mengenai produk mengarut sebagai isi kandungan. Keutamaan saya lebih kepada menjaga perasaan anak dan reputasi keluarga.

“Sangat mengecewakan apabila melihat anak saya menjadi mangsa buli. Mengambil kira ini adalah amaran terakhir, saya akan mengambil tindakan undang-undang demi untuk melindungi keluarga,”  katanya.

Dalam pada itu, Sakinah turut menitipkan pesanan kepada netizen di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam menulis komen di media sosial.

“Marilah kita bersama memupuk persekitaran dalam talian yang penuh belas ihsan dengan mengangkat antara satu sama lain berbanding menjatuhkan mereka,” tulisnya.