Pelakon Sharifah Sakinah akhirnya berkongsikan wajah lelaki dipercayai suaminya dikenali sebagai Cyril Kongo.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sakinah dilihat ada memuat naik beberapa keping gambar bersama lelaki tersebut menghadiri satu acara sebuah jenama jam tangan mewah.
BACA: Pelukis Terkenal Perancis Suami Baru Sharifah Sakinah?
Sakinah turut menulis kapsyen ringkas meluahkan rasa gembira meluangkan masa bersama suaminya.
Sementara itu, menerusi hantaran di Insta Story, Sakinah ada memuat naik satu video menggelarkan lelaki tersebut sebagai ‘laki’ merujuk kepada suami.
Hasil tinjauan di media sosial individu berkenaan, Cyril merupakan seorang pelukis grafiti terkenal di Perancis.
Pada April lalu, Sakinah mengesahkan dia sudah berkahwin dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat, minggu lalu.
Sakinah bagaimanapun memohon maaf tidak dapat mendedahkan identiti suaminya yang sudah dikenalinya empat tahun lalu serta menunggu masa sesuai untuk kongsikan berita baik itu.
SUMBER: mStar Online