Mengakui masih single, pelakon Sharifah Rose berkata dia sama seperti wanita lain yang mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan hidup.
Memetik BH Online, bagaimanapun Rose berkata dia tiada masa untuk menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki kerana sibuk dengan kerjaya.
BACA: Sharifah Rose Teringin Nak Kahwin, Mahu Lelaki Kacak & Matang
“Saya masih ‘single’ dan tak menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah. Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah. Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahu kru di lokasi penggambaran.
“Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami,” katanya.
Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, dia menerima kehendak takdir seandainya jodohnya sampai awal serta mahukan lelaki yang baik, matang dan paling penting tidak naik tangan pada wanita.
“Jika itu takdir yang tertulis, saya terima. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik. Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi.
“Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita,” katanya.
Terdahulu, Sharifah Rose pernah menjalin hubungan cinta dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid, namun mereka berpisah sejak September 2020.