Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Amani berkongsikan khabar gembira apabila kini sedang hamil anak sulung.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Amani di Instagram miliknya pagi tadi serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat.
BACA: Fatimah Abu Bakar Lega Sharifah Amani Jumpa Lelaki ‘Sekepala’
View this post on Instagram
Menerusi video itu, Amani turut berkongsikan reaksi daripada suaminya, Ahmed Faris mengenai perkhabaran gembira itu. Malah, ahli keluarga turut terkejut dan sebak apabila dimaklumkan mengenai perkara itu,
Bagaimanapun, Amani tidak berkongsikan lebih lanut mengenai usia kandungannya itu sebaliknya di akhir video itu pelakon itu berkongsikan baby bumpnya yang sudah kelihatan.
Terdahulu, Amani dan Faris mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.